LANGKAH LANGKAH DAN PANDUAN

 

PERSEDIAN

 

        i.            Persedian dari segi kesihatan fizikal dan mental mestilah berada dalam keadaan  cerdas dan cergas.

      ii.            Berpengetahuan dalam mengendali spec atau teknik semasa kayohan dan pastikan basikal berada dalam keadaan sempurna dan selesa (Tip-Top).

    iii.            Persedian dari segi pakaian serta peralatan dan aspec keselamatan diri amatlah diutamakan seperti Helmet, Kasut yang tidak bertali, seluar yang tidak longgar , lampu/cahaya pada basikal.

     iv.            Bawa bersama perkakas atau peralatan seperti mini tools, mini first aid, pump, tube atau yang mana satu mengikut keperluan.

       v.            Semua ahli pastikan membawa minuman didalam bekas air yang diletak pada basikal.  

     vi.            Tentukan arah laluan  sebelum waktu berlepas serta taklimat ringkas.

 

ASPEK KESELAMATAN

 

        i.            Sentiasa mengikut peraturan lalu lintas dan tanda arah jalan.

      ii.            Dilarang berkayoh berdua atau secara berkembar. Sentiasa berkayoh di bahu jalan dalam bentuk barisan dan memberi tumpuan semasa berkayoh.

    iii.            Tidak berkayuh secara melulu atau boleh merbahayakan keselamatan orang lain serta tidak menukar arah sesuka hati.

     iv.            Memberi laluan kepada kenderaan lain dilaluan yang sibuk jika perlu.

       v.            Tidak digalakkan berhenti sesuka hati ditempat yang tidak sepatutnya ketika  berkayoh kecuali kecemasan.

     vi.            Nyalakan lampu isyarat pada basikal jika keadaan agak gelap.

 

 

PANDUAN DAN ARAHAN

 

        i.            Marshall akan pastikan segala aspek keselamatan semua ahli sebelum berlepas dan berhak menyingkir jika ada mana - mana ahli yang tidak mengikuti peraturan.

      ii.            Marshall sentiasa awasi sepanjang laluan agar tidak berlaku sebarang masaalah dan sentiasa awasi agar tidak ada ahli yang tertinggal semasa berkayoh.

    iii.            Sebarang kerosakan sewaktu berkayoh hendaklah dimaklumkan kepada marshall  atau kawan yang terdekat.

     iv.            Tempat berhenti atau ‘check-point’  untuk menunggu akan ditentukan oleh marshall.

 

PENYELEGGARAAN BASIKAL DAN TANGGUNGJAWAB

 

        i.            Setiap ahli pastikan tahap keselesaan pada basikal dan mengambil tahu jenis atau kerosakan pada basikal masing masing sebelum atau selepas berkayoh.

      ii.            Ahli juga mestilah mempunyai pengetahuan asas dalam teknik menyelenggara basikal.

    iii.            Servis atau penjagaan basikal mestilah mengikut jadual atau peraturan dan hendaklah dikendalikan oleh ahli masing masing.

     iv.            Susun atur ditempat menyimpan basikal akan diawasi oleh ahli yang terlibat sahaja.

       v.            Sebarang kerosakan dan kehilangan pada basikal adalah tanggungjawab ahli.